Tips Kerosakan
TIPS SEBELUM MEMANGGIL KAMI
Pelanggan boleh membuat pemeriksaan dibawah sebelum memanggil kami. Ini adalah cara yang amat berkesan dan menjimatkan masa kita bersama.
PETI SEJUK TIDAK SEJUK LANGSUNG
• Adakah plug peti terpasang dengan betul?
• Periksa peti fius sama ada fius terbakar atau litar pintar?
PETI SEJUK TIDAK CUKUP SEJUK
• Adakah kawalan di set pada suhu pada “Cold”?
• Adakah sesuatu yang panas telah dimasukkan?
• Terlalu banyak makanan?
• Terlalu kerap buka pintu peti?
• Pintu tidak rapat?
MAKANAN PADA PENDINGIN BEKU
• Suhu di set pada “Coldest”?
• Makanan dan sayuran yang mengandungi kelembapan tinggi diletakkan pada bahagian berdekatan saluran angin sejuk? Ia akan beku jika diletakkan di situ.
MUNCUL EMBUN PADA DINDING PETI SEJUK
Bahagian Dalam Peti Sejuk
Sila lap dengan kain kering jika :
• Pintu tertutup rapat?
• Kelembapan terlalu tinggi?
• Pintu di buka tutup terlalu kerap dan lama?
Bahagian Luar Peti Sejuk
• Apabila kelembapan terlalu tinggi diluar dan getah pintu bersalji, sila lap dengan kain kering
PETI SEJUK BERBUNYI BISING
• Pastikan peti diletakkan dipermukaan yang rata dan kukuh?
• Adakah peti bersentuhan dengan dinding?
SALJI TERBENTUK DIBAHAGIAN PEMBEKUAN PETI SEJUK
• Terlalu banyak kiub ais dibuat di bahagian beku?
• Pintu terbuka terlalu lama hingga kondensasi terjadi? Ini menyebabkan salji terbentuk.
BAHAGIAN DALAM PETI SEJUK BERBAU
• Adakah makanan yang mempunyai bau yang kuat dimasukkan tanpa dibungkus atau di letak di dalam bekas terlebih dahulu?
PERMUKAAN PETI SEJUK PANAS
Penyebab : Peti sejuk sedang mencegah salji terbentuk dan menyebabkan radiasi paip panas. Terutama dibahagian belakang apabila peti sejuk dihidupkan atau pintu dibuka terlalu kerap.
PINTU BAHAGIAN BEKU DI TUTUP, PINTU BAHAGIAN PENDINGIN AKAN TERBUKA
Penyebab : Jika pintu ditutup, pintu lain mungkin terbuka disebabkan oleh aliran udara dua bahagian bertemu. Apabila satu ditutup, pintu satu lagi mungkin akan terbuka dengan tekanan angin. Ini fenomena biasa.
ADA BUNYI YANG TIDAK NORMAL
Penyebab: Jika ia berbunyi seperti air mengalir dan air menggelegak adalah bunyi cairan penyejuk (refrigerant). Bunyi pecah juga datang dari bahagian penyimpanan. Bunyi ini oleh geseran komponen disebabkan perubahan suhu.